suria

Trump Lantik 'Mad Dog' Jadi Setiausaha Pertahanan

Jeneral James Mattis.

BAKAL Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menamakan Jeneral James Mattis, bekas Komander Divisyen Marin Pertama yang pernah berkhidmat di Iraq dan Afghanistan sebagai setiausaha pertahanannya.

"Dia yang terbaik," kata Trump semasa mengumumkan barisan kepemimpinan di bawah pentadbirannya ketika berucap di Ohio.

Jeneral Mattis atau lebih dikenali sebagai "Mad Dog", merupakan pengkritik tegar terhadap dasar yang dilaksanakan Presiden Barack Obama ke atas Asia Barat terutamanya melibatkan musuh ketat AS, Iran.

Beliau merujuk kepada Iran sebagai ancaman kekal terhadap kestabilan dan keamanan di Asia Barat.

Trump membuat pengumuman itu di Cincinnati pada permulaan "Jelajah Terima Kasih AS 2016" bagi menghargai sokongan penyokongnya.

"Kami akan melantik "Mad Dog" sebagai Setiausaha Pertahanan AS," katanya.

Malah, Trump turut menyifatkan Mattis, 66, sebagai jeneral yang sebenar.

Jeneral bersara itu pernah mengetuai batalion serangan semasa perang Teluk pertama pada 1991 dan pasukan khas di Afghanistan pada 2001.

Artikel Berikut

18 Maut Bas Terjunam Dalam Tasik

Artikel Lain