suria

18 Maut Bas Terjunam Dalam Tasik

BEIJING: Sekurang-kurangnya 18 penumpang bas mini terbunuh selepas kenderaan itu terjunam ke dalam tasik di wilayah Hubei pada awal pagi Jumaat, lapor media tempatan.

Bas yang dalam perjalanan dari Ezhou ke Wuhan di wilayah tengah Hubei itu membawa bersama kira-kira 20 penumpang, lapor penyiar rasmi CCTV.

Pemandu bas itu kini ditahan polis untuk disoal siasat, kata CCTV. 

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kemalangan jalan raya adalah perkara lazim di China, di mana pada 2013 saja, lebih 260,000 pengguna jalan raya maut di negara itu.

Angka ini lebih tinggi berbanding statistik rasmi yang mencatatkan 58,022 kematian lalu lintas tahun lalu. - AFP


Hubei, China

Artikel Lain