suria

Tompok Putih Di Pantai Britain Cetus Kebimbangan

TOMPOK putih dipercayai minyak sawit boleh mengundang bahaya kepada nyawa kanak-kanak dan haiwan. - Ihsan Wessex News

LONDON: Misteri kemunculan tompok putih di kawasan pantai Britain mencetuskan kebimbangan terhadap penduduk kepulauan itu apabila dimaklumkan benda asing tersebut boleh membawa maut sekiranya disentuh.

Setakat ini, tompok tersebut dilaporkan muncul di Margate, Thanet, Brighton, Bournemouth dan Isle of Wight, dan pihak berkuasa tempatan memberi peringatan kepada ibu bapa dan pemilik anjing agar memastikan anak serta haiwan peliharaan mereka tidak menyentuh benda itu.

Selain itu, pihak berkuasa meminta orang ramai untuk menghubungi mereka jika ternampak tompok putih tersebut yang mempunyai bau seperti diesel atau minyak.

Sementara itu, pakar haiwan, Marc Abraham berkata, beliau percaya benda berkenaan merupakan minyak sawit.

"Tompok itu boleh mencetuskan dua masalah iaitu sakit perut dan kesesakan nafas.

"Jika haiwan anda menelan benda ini, sila hubungi pakar haiwan dengan segera," katanya.

Tompok yang sama pernah muncul pada 2014, menyebabkan berpuluh-puluh ekor anjing mati akibat termakan benda tersebut.

Tompok Putih, Britain

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain