suria

Trump Isytihar Diri Lebih Popular

WASHINGTON: Bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengisytiharkan dirinya sebagai pemenang undian popular dalam Pilihan Raya Presiden 2016 dengan mendakwa keputusan rasmi terjejas dengan jumlah pengundi tidak sah.

Pada 8 November lalu, ahli perniagaan terkemuka itu berjaya memenangi lebih 270 undian badan perwakilan pemilih untuk menerajui White House.

Namun pencabarnya, Hillary Clinton dari Parti Demokratik memenangi lebih dua juta undian popular di seluruh negara.

"Selain kemenangan besar badan perwakilan pemilih, saya juga memenangi undian popular jika anda menolak jumlah berjuta-juta orang yang mengundi secara tidak sah," kata Trump pada Ahad.

Kenyataan wakil Parti Republikan itu sebagai merujuk persetujuan yang dicapai pasukan kempen Clinton untuk mengiria semula undian di Wisconsin susulan permintaan yang dikemukakan oleh calon Parti Hijau, Jill Stein.

Selain Michigan dan Pennyslyvania, Wisconsin merupakan kawasan penting yang dimenangi oleh Trump.

Walaupun Trump menyifatkan tindakan mengira semula undi itu sebagai mengarut tetapi lembaga pilihan raya Wisconsin memberi kelulusan untuk pengiraan semula.

Donald Trump, Hillary Clinton

Artikel Lain