suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Minta Banyak Minuman Beralkohol, Ibu Dua Anak Diarah Keluar Pesawat

Gambar hiasan.

SEKUMPULAN penumpang mabuk, termasuk seorang ibu yang menaiki penerbangan British Airways bersama dua anaknya diarahkan keluar dari pesawat selepas insiden mereka meminta lebih banyak minuman beralkohol.

Penumpang bagi penerbangan BA 2731 dari Tenerife ke Gatwick London terpaksa berdepan dengan kelewatan selama dua jam akibat insiden berkenaan.

Menurut saksi, wanita dalam lingkungan usia 20-an itu dilihat minum di sebuah bar di Lapangan Terbang Tenerife Sur sebelum kejadian berlaku.

Wanita itu kemudiannya meminta lebih banyak minum beralkohol apabila menaiki pesawat.

Akibat kelewatan itu, seorang penumpang menyuarakan rasa tidak puas hati di Twitter.

Menurut James Griffiths: "Lewat kerana orang mabuk dikeluarkan dari pesawat. Persoalannya kenapa kru membenarkan dia masuk?"

Seorang jurucakap British Airways berkata: "Pelanggan dan kru kami berhak untuk merasai keselesaan dalam penerbangan mereka, tanpa sebarang gangguan.

"Kelakukan seumpama ini tidak boleh diterima, dan tindakan yang bersesuaian akan diambil.

"Kami memohon maaf kepada pelanggan di atas kelewatan penerbangan," katanya. - Mail Online

Artikel Berikut

Artikel Lain