suria

NASA Tawar RM130,000 Atasi Masalah Najis Angkasawan

GAMBAR HIASAN

NEW YORK: Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) menawarkan ganjaran bernilai AS$30,000 (RM132,509) kepada sesiapa yang mampu menyelesaikan masalah angkasawan untuk membuang air besar ketika menjalankan misi di angkasa.

Buat masa ini, NASA menggunakan diaper untuk mengatasi masalah tersebut tetapi agensi angkasa paling canggih di dunia itu mahu menggunakan kaedah yang lebih baik.

Angkasawan mempunyai akses terhadap teknologi paling canggih di dunia tetapi apabila mereka berdepan situasi membuang air besar, mereka terpaksa bergantung kepada kaedah konvensional tersebut.

Kapal angksa NASA memiliki sistem pembuangan najis yang canggih tetapi angkasawan hanya boleh menggunakan kemudahan tersebut apabila tidak memakai pakaian angkasa.

Semasa pelancaran, pendaratan atau melakukan misi dengan lengkap berpakaian angkasa, mereka terpaksa bergantung kepada diaper untuk membuang air besar.

Namun penggunakan diaper hanya langkah sementara kerana jika tidak ditukar dengan segera, angkasawan boleh dijangkiti kuman.

Masalah tersebut ternyata memeningkan saintis NASA untuk mencari penyelesaian yang lebih baik dan terpaksa menyerahkan tugas tersebut kepada masyarakat di seluruh dunia.

NASA melancarkan program Cabaran Membuang Air Besar Di Angkasa untuk memberi peluang kepada sesiapa sahaja memberikan idea dan reka bentuk bagi menggantikan diaper angkasa.

Cabaran tersebut dibuka sehingga 20 Disember ini dan pemenang akan menerima ganjaran sebanyak AS$30,000.

Namun bagi sesiapa yang berminat, mereka perlu mengambil kira beberapa aspek tertentu iaitu rekaan yang boleh menampung najis manusia selama 144 jam tanpa perlu menggunakan tangan.

Selain itu, sistem tersebut perlu dipasang dalam tempoh tidak lebih lima minit kerana angkasawan akan mengambil masa kira-kira 60 minit untuk memakai sut angkasa.

Pemenang cabaran itu akan diumumkan pada Januari depan dan sesiapa yang berminat boleh melayari laman web rasmi Space Poop Challenge.

NASA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain