suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Indonesia Tahan Enam Militan Batam Rancang Serang Singapura

JAKARTA: Polis Indonesia pada Jumaat menahan enam suspek militan di Batam, termasuk ketua kumpulan itu yang sebelum ini merancang untuk menyerang Singapura.

Kumpulan itu yang hanya dikenali polis sebagai "KGR @ Katibah GR" dituduh melindungi dua etnik Uighur, kata jurucakap polis Indonesia, Boy Rafli Amar menerusi satu teks mesej.

Ali, salah seorang daripada suku Uighur telah dikaitkan dengan pengebom berani mati yang cuba untuk menyerang sebuah balai polis di bandar Solo di Jawa Tengah pada 5 Julai lalu.

Pengebom itu, Nur Rohman, anak tempatan berusia 30an dari kampung Sangkrah di Solo berjaya membawa Ali dari Batam ke Bogor dan kemudian ke Bukit Bakri.

Boy Rafli berkata, pemimpin kumpulan itu, Gigih Rahmat Dewa, 31, dan Bahrun Naim, seorang militan Indonesia dipercayai telah berjuang bersama Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS).

Kumpulan militan itu "sebelum ini merancang untuk melancarkan roket dari Batam ke Marina Bay Singapura".

Gigih disyaki telah menerima dan menyalurkan dana bagi aktiviti radikal yang diperoleh daripada Bahrun, katanya. - The Straits Times/Asia News Network

Militan, Batam

Artikel Lain