suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lima Pelancong Maut, Kemalangan Di Dataran Garam Terbesar Dunia

BOLIVIA: Lima pelancong dari Belgium, Itali dan Peru maut dalam kemalangan kereta di dataran garam terbesar di dunia Salar de Uyuni, lapor pihak berkuasa pada Ahad.

"Sebuah kenderaan syarikat pelancongan terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan kereta berkenaan terbalik di dataran garam -  lima  maut dan tiga lagi cedera," kata Ketua Polis Uyuni, Rodolfo Salazar.

Tambahnya, empat mangsa yang terlibat adalah wanita namun identiti mereka belum dikenalpasti.

Tiga lagi mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital di Potonsi yang terletak sejauh 200 kilometer dari lokasi kejadian.

Salar de Uyuni adalah dataran garam yang terbesar di dunia dan menjadi tarikan utama pelancong yang datang ke Bolivia. -AFP

Salar de Uyuni

Artikel Lain