suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

19 Terbunuh Serangan Pisau Di Jepun

TOKYO: Sekurang-kurangnya 19 terbunuh dan 45 lagi cedera dalam kejadian amuk seorang lelaki yang menggunakan pisau di pusat jagaan orang kurang upaya di Jepun awal pagi Selasa.

Suspek mendakwa dirinya sebagai bekas kakitangan kepada pusat jagaan itu.

Menurut polis, lelaki yang berusia dalam lingkungan 20-an memecah masuk premis itu pada awal pagi.

Seorang jurucakap polis berkata, penyerang berkenaan tampil menyerah diri kepada polis selepas pukul 3 pagi waktu tempatan (2 pagi waktu Malaysia).

Polis menerima panggilan daripada pusat jagaan itu selepas pukul 2.30 pagi waktu tempatan (1.30 pagi waktu Malaysia) mengenai seorang lelaki yang membawa pisau memasuki premis tersebut.

Seorang lelaki kemudiannya datang ke balai polis berhampiran dan memberitahu anggota polis: "Saya melakukannya."

"Kita masih sedang meneliti butiran kes," tambah jurucakap itu. - AFP

Artikel Lain