suria

Obama Tak Dapat Hadir Upacara Pengebumian Muhammad Ali

LOUISVILLE: Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dilaporkan tidak dapat menghadiri upacara pengebumian legenda tinju dunia Muhammad Ali kerana perlu menghadiri majlis konvokesyen anak perempuannya.

Namun begitu, Obama akan menghantar penasihat kanannya, Valerie Jarrett, mewakili beliau bagi membacakan ucapan penghormatan terakhir semasa upacara tersebut.

Jurucakap bagi wakil keluarga petinju tersebut, Bob Gunnell mengesahkan Gabenor Kentucky, Matt Bevin dan Leftenan Jenean Hampton akan menghadiri upacara tersebut.

Gunnell juga berkata Bevin memberi arahan agar bendera Komanwel dikibarkan separuh tiang pada Jumaat bagi memberi penghormatan terakhir terhadap Ali.

Sementara itu, sebanyak 14,000 tiket dikeluarkan untuk upacara pengebumian Ali yang akan dijalankan pada Jumaat ini.

Tiket tersebut akan diedarkan di KFC Yum! Center bermula pada pukul 10 pagi Rabu.

Orang awam boleh memberikan penghormatan terakhir kepada Ali bermula pukul 2 hingga 4 petang Jumaat.

Pintu masuk ke KFC Yum! Center akan dibuka pada pukul 11.30 pagi Jumaat.





Artikel Lain