suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengasuh Penggal Kepala Budak Kerana Kecewa Perangai Suami

MOSCOW: Pengasuh kanak-kanak yang mengejutkan orang ramai apabila didapati membawa kepala budak yang dipercayai dipenggalnya di stesen kereta api di sini dikatakan bertindak sedemikian kerana kecewa dengan perangai suaminya.

Wanita berusia 38 tahun yang dikenali sebagai Gyulchekhra Bobokulova itu berasal dari Uzbekistan.

Wanita itu dilihat menjinjing kepada berkenaan di stesen Oktyabrskoye Pole, utara Moscow, sambil menjerit "Mati kamu..pengganas".

Susulan itu, polis menahan wanita berkenaan dan siasatan lanjut yang dijalankan menemui mayat seorang budak perempuan berusia empat tahun di sebuah flet berhampiran.

Wanita itu dipercayai membunuh serta memenggal kepala mangsa selepas ibu bapa kanak-kanak itu keluar bersama seorang lagi anak mereka.

Wanita berkenaan juga membakar flet berkenaan.
Uzbekistan, Oktyabrskoye Pole, Moscow

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Berakhir Riwayat Kalijodo

Artikel Lain