suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Majlis Mewah Untuk Presiden, Kerajaan Zimbabwe Dikritik

HARARE: Parti pemerintah Zimbabwe dikritik pelbagai pihak kerana mengadakan majlis mewah bagi menyambut ulang tahun hari lahir Presidennya, Robert Mugabe.

Majlis tersebut dilapor tidak sepatutnya diadakan secara mewah kerana ramai rakyatnya berdepan masalah kebuluran.

Majlis sambutan ulang tahun hari lahir ke-92 Mugabe itu dikatakan menelan belanja sebanyak £575,000 (RM3.3 juta).

Parti pembangkang negara itu menganggap tindakan pemerintah sebagai 'mencabul' kepentingan rakyat.

Mugabe mendominasi politik Zimbabwe sejak negara itu mendapat kemerdekaan daripada British pada 1980.

Sambutan tersebut turut disiarkan di saluran televisyen tempatan dengan terdapat kanak-kanak membaca puisi untuk presiden.

Zimbabwe

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain