suria

Sukarelawan Ceroboh Zoo Selamatkan Pelbagai Binatang

SEKUMPULAN sukarelawan bertindak menceroboh sebuah zoo swasta di Rusia bagi menyelamatkan bintang yang dibarkan selepas berlaku banjir pada Ahad.

Banjir tersebut berlaku selepas paras air sungai berdekatan melimpah sehingga menyebabkan beberapa jenis binatang mati akibat tidak diselamatkan.

Ketika usaha menyelamat dilakukan di Zoo Zelyony Ostrov di Ussuriysk, terdapat beruang perak kelihatan cuba menyelamatkan diri daripada ditengelami air.

Selain itu, mengikut laporan sukarelawan, beberapa beruang dan kambing ditemui mati ditengelami lumpur.

Manakala serigala, babi dan rusa berjaya diselamatkan dalam peringkat awal pemindahan.

Sebanyak 14 beruang lagi akan dipindah secepat mungkin kerana haiwan itu berisiko mati jika terlewat diselamatkan.


Rusia, Zoo, Beruang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain