suria

Lokon Mula Meletus

TOMOHON: Gunung berapi Lokon yang terletak di Sulawesi Utara mula meletus dan mengeluarkan asap tebal sejak Sabtu.

Pegawai di Bahagian Pengamatan dan Penyelidikan Gunung Api Wilayah Timur, Devy Kamil Syahbana berkata, letusan itu menyebabkan berlaku gegaran kuat selama beberapa minit.

“Letusan ini disusuli dengan bunyi detuman kuat yang boleh didengari sejauh lima kilometer,” katanya.

Menurutnya, gunung berapi berkenaan mengeluarkan habuk kelabu yang ketinggiannya mencecah kira-kira 1.5 kilometer di udara.

“Bandar paling dekat adalah Sam Ratulangi Manado yang terletak 24 kilometer dari utara gunung Lokon.

“Bagaimanapun, tiada laporan abu gunung berapi mengenai bandar berkenaan,” jelasnya.

Menurutnya, walaupun Lokon meletus dengan kuat, tetapi gunung berapi itu diletakkan pada tahap berjaga-jaga.

“Kami menasihatkan supaya tiada sebarang aktviti dilakukan pada jarak 2.5 kilometer radius dari kawah gunung berapi,” katanya. - Agensi


Lokon, Sulawesi Utara, Devy Kamil

Artikel Sebelum

Kathmandu Bergegar Lagi

Artikel Berikut

Artikel Lain