suria

Pengawal Sempadan Maut Ditembak

TUNIS: Seorang pengawal sempadan Tunisia terbunuh selepas ditembak oleh kumpulan militan ketika menjaga sempadan Tunia-Algeria pada Ahad.

"Seorang pengawal sempadan dibunuh manakala tiga yang lain cedera selepas mereka ditembak oleh militan di Bouchebka," kata Presiden Kesatuan Pengawal Sempadan, Ridha Ennasri kepada sebuah saluran televisyen tempatan.

Ridha berkata, pembunuhan itu merupakan serangan daripada kumpulan militan.

Pembunuhan itu berlaku beberapa hari selepas seorang anggota polis maut ditembak dua lelaki bermotosikal dipercayai pembunuh upahan.

Bagaimanapun pihak berkuasa tidak menyatakan bahawa serangan itu dilakukan oleh kumpulan militan atau bersifat musuh peribadi.

Tunisia, Algeria

Artikel Sebelum

Artikel Lain