suria

10 Terbunuh Dalam Pertempuran Antara Agama

BANGUI, Afrika Tengah: Seramai 10 orang terbunuh manakala lima lagi cedera selepas berlaku pertempuran antara masyarakat Islam dan Kristian di sini.

Polis tempatan berkata, pertempuran itu berlaku apabila sekumpulan lelaki Kristian bersenjata memukul pemuda Islam sehingga mati.

Katanya, pembunuhan kejam yang dilakukan kumpulan Kristian berkenaan telah mengejutkan masyarakat Islam yang kemudian bangkit menuntut keadilan.

Berikutan itu, masyarakat Islam dan Kristian mula bertempur dengan menggunakan pelbagai senjata sehingga menyebabkan lima orang terbunuh.

Terdapat juga yang menggunakan senjata api untuk menyerang balas dan melindungi diri serta keluarga.

Islam, Kristian

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain