suria

Misi Cari Mangsa Bangunan Runtuh di Bangladesh Dihentikan

SAVAR: Beberapa peruncit terbesar di Barat bersetuju untuk merangka pelan yang memerlukan mereka mengeluarkan dana bagi meningkatkan kemudahan kilang di Bangladesh selepas misi mencari mangsa runtuhan bangunan kilang pakaian terburuk dalam sejarah berakhir dengan jumlah kematian seramai 1,127 orang.

Kerajaan Bangladesh juga bersetuju untuk membenarkan pekerja kilang pakaian menubuhkan kesatuan sekerja tanpa kelulusan daripada pemilik kilang.

Keputusan itu dibuat sehari selepas ia mengumumkan rancangan bagi meningkatkan gaji pokok pekerja dalam industri terbabit.

Bangunan kilang Rana Plaza setinggi lapan tingkat yang runtuh pada 24 April lalu mendapat perhatian dunia terhadap keadaan berbahaya di kilang industri berkenaan di mana pekerja menjahit pakaian pada kos murah tetapi dijual di pasar raya mewah di seluruh dunia termasuk di Amerika Syarikat dan barat Eropah. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain