suria

April Bulan Paling Ganas Di Iraq Dalam Tempoh Lima Tahun

BAGHDAD: April mencatat sejarah sebagai bulan paling ganas dan berdarah di Iraq dalam tempoh lima tahun, demikian menurut laporan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis.

Pada bulan itu sahaja 700 kematian telah dicatatkan, hasil daripada keganasan domestik dan juga huru-hara peperangan.

"Ia adalah merupakan bulan yang paling berdarah sejak Jun 2008. Angka rasmi kematian akibat keganasan dan peperangan ialah 712 orang dengan 1,633 lagi cedera," demikian menurut satu kenyataan dari pejabat PBB di sini.

Menurut laporan itu lagi, Baghdad adalah kawasan yang paling teruk dilanda keganasan dan kematian berjumlah 211 orang manakala 486 lagi cedera.

Ini diikuti oleh bandar Diyala, Salaheddin, Kirkuk, Nineveh dan Anbar.

Pertembungan di antara etnik-etnik dan mazhab yang berbeza adalah penyumbang besar kepada kematian dan keganasan.

Iraq kini diketuai oleh Perdana Menteri, Nuri al-Maliki, seorang yang berfahaman syiah manakala majoriti penduduk Iraq adalah ahli sunnah waljamaah.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain