suria

Kumpulan Lelaki Bersenjata Kepung Kementerian Keadilan Di Tripoli

TRIPOLI: Sekumpulan lelaki bersenjata yang menuntut pemecatan beberapa pegawai dari bekas rejim pemimpin Libya Moamer Kadhafi pada Selasa mengepung bangunan Kementerian Keadilan di Tripoli.

Kementerian Luar turut dikepung tiga hari lalu, kata Ketua Jabatan Maklumat Kementerian tersebut, Walid Ben Rabha.

"Beberapa lelaki bersenjata yang menaiki sebuah kereta lengkap dengan senapang mengepung Kementerian Keadilan.

"Mereka meminta supaya menteri dan beberapa kakitangan sedia ada untuk meninggalkan pejabat dan kementerian itu ditutup," katanya.

Puluhan lelaki bersenjata membuat tuntutan serupa menyebabkan Kementerian Luar Libya tidak dapat beroperasi seperti biasa.

Artikel Berikut

Artikel Lain