suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

39 Terbunuh Dalam Siri Serangan Bom di Iraq

BAGHDAD: Sekurang-kurangnya 39 orang terkorban dan 89 yang lain cedera dalam beberapa siri serangan bom di seluruh Iraq, pada Selasa.

Kebanyakan serangan bom berlaku di kawasan yang didiami puak Syiah.

Serangan yang paling besar berlaku di Amara yang terletak kira-kira 400 kilometer di tenggara Baghdad di mana sebuah kereta yang dipenuhi bahan letupan meletup di pasar menyebabkan 16 orang terbunuh dan 25 lagi cedera.

Sementara itu di Diwaniyah, yang terletak kira-kira 150 kilometer di selatan Baghdad, sebuah kenderaan yang diletakkan bahan letupan meletup sekali gus meragut empat nyawa dan mencederakan 33 yang lain. -AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain