suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jumlah Kematian Akibat H7N9 Meningkat 24 Orang

BEIJING: Seorang lagi pesakit yang dirawat di sebuah hospital di China maut akibat jangkitan virus selesema burung H7N9 menjadikan jumlah kematian kepada 24 orang.

Pesakit yang dikenali sebagai Chen meninggal dunia di timur bandar Shanghai selepas menerima rawatan selama 12 hari.

China merekodkan lebih 120 kes virus H7N9 setakat ini.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, tiada bukti virus itu disebarkan oleh manusia tetapi memberi amaran H7N9 merupakan salah satu virus yang boleh membawa maut.

Pasukan penyelidik di China mengesahkan virus itu disebarkan oleh ayam.

Artikel Lain