suria

3,000 Pemberontak Sudan Selatan Serah Diri

JUBA: Kira-kira 3,000 pemberontak di Sudan Selatan menyerah diri pada Jumaat selepas mendapat pengampunan Presiden negara ini.

Perkara itu diumumkan jurucakap Unity, sebuah negeri mengeluarkan minyak yang bersempadan dengan Sudan.

Sekurang-kurangnya 100 buah trak menyeberangi sempadan dari Sudan ke negeri Unity di Sudan Selatan pada Jumaat selepas satu dekri daripada Presiden yang memberikan pengampunan kepada enam komander pemberontak dan tentera mereka pada Khamis.

"Mereka datang dari Khartoum dan terdapat kira-kira 3,000 daripada mereka yang kebanyakannya militia yang menentang Sudan Selatan," kata jurucakap negeri Unity, Joseph Arop Malual.

Artikel Lain