suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Didakwa Sebar Gambar Separuh Bogel Isteri Putera William

PARIS: Sebuah mahkamah di sini pada Rabu mendakwa dua individu atas kesalahan menyiarkan gambar separuh bogel isteri Putera William, Catherine yang mencetuskan kontroversi.

Menurut sumber mahkamah, kedua-dua individu terbabit merupakan Pengarah Mondadori Group yang bertanggungjawab menyiarkan gambar berkenaan dalam majalah Closer dan seorang jurugambar akhbar La Provence.

Hakim mahkamah mendakwa jurugambar tersebut atas tuduhan mengganggu ketenteraman awam kerana mengambil gambar Catherine berpakaian renang ketika sedang bercuti bersama William di selatan Perancis.

Bagaimanapun identiti kedua-dua tertuduh tidak didedahkan.

Gambar kontroversi Catherine itu disiarkan dalam akhbar La Provence.

Namun, kebanyakan gambar separuh bogel Duchess of Cambridge tersebut disiarkan dalam majalah Closer pada keluaran September lalu. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain