suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Rakan Suspek Bom Maraton Boston Tiada Kaitan Dengan Serangan

BOSTON: Dua rakan universiti kepada suspek pengeboman Maraton Boston, Dzhokhar Tsarnaev yang dipenjarakan pihak berkuasa sehari selepas penahanan suspek itu didapati tiada kaitan dengan serangan bom.

Ini menunjukkan mereka tiada kaitan dengan serangan pengganas, kata peguam bela, Sabtu.

Azamat Tazhayakov dan Dias Kadyrbayev yang berasal dari Kazakhstan, adalah rakan sekelas kepada Tsarnaev di Universiti Massachusetts Dartmouth.

Kedua-duanya muncul bersama suspek dalam gambar berkumpulan yang diambil ketika melawat Times Square, Bandaraya New York, baru-baru ini.

Mereka ditahan pada 20 April lalu selepas disoal siasat berkaitan pengeboman yang mengorbankan tiga nyawa dan mencederakan lebih 260 yang lain. - AP

Artikel Lain