suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga Rakan Suspek Pengeboman Boston Ditahan

WASHINGTON: Tiga rakan seorang suspek kes pengeboman Boston ditahan polis di sini pada Jumaat.

Mereka bakal berdepan dengan pendakwaan bersubahat dalam serangan yang berlaku pada 15 April lalu.

Akhbar Boston Globe memetik laporan Mahkamah Daerah Amerika Syarikat (AS) yang diperolehi pada Khamis menjelaskan, dua lelaki Kazakhtan iaitu Dias Kadyrbayev dan Azamat Tazhayakov berdepan tuduhan menghalang siasatan dengan memusnahkan bukti.

Kata laporan itu, kedua-dua pelajar itu didakwa memusnahkan beg galas milik suspek, Dzhokhar Tsarnaev yang mengandungi kelompang bunga api yang telah dikosongkan dan komputer riba milik suspek.

Jelasnya, lelaki ketiga, Robel Phillipos, seorang rakyat tempatan, didakwa kerana membuat kenyataan salah semasa siasatan.

Artikel Sebelum

Artikel Lain