suria

Novel Novelis Paling Popular Jepun Haruki Murakami Cecah 1 Juta Naskhah Dalam Seminggu

TOKYO: Penerbit novel terbaru novelis Jepun kontemporari paling popular, Haruki Murakami mengesahkan yang mereka telah mencetak satu juta naskhah karya tersebut dalam tempoh seminggu selepas berada di pasaran.

Penerbit berkenaan, Bungeishunju Ltd meramalkan, novel yang berjudul "Shikisai wo Motanai Tazaki Tsukuru to Kare no Junrei no Toshi atau "Colourless Tsukuru Tazaki and His Years of Pilgrimage" itu akan mencatat sejarah baru sebagai novel paling pantas terjual dalam sejarah buku Jepun.

Sebelum memasuki pasaran, Bungeishunju menyatakan mereka telah mencetak sekitar 500,000 naskhah.

Bagaimanapun tidak sampai seminggu selepas berada di pasaran mereka terpaksa mencetak sebanyak 300,000 naskhah lagi ekoran permintaan yang luar biasa.

Dan pada Khamis, syarikat penerbitan itu memutuskan mereka perlu mencetak lagi 200,000 naskhah tambahan menjelang bulan depan.

Dalam tempoh tiga hari sahaja berada di pasaran, novel Murukami itu telah terjual sebanyak 350,000 naskhah di seluruh Jepun.

Novel setebal 370 halaman itu mengisahkan tentang seorang lelaki muda bertarung dengan masa silamnya dan kini terpaksa bergantung kepada percintaannya untuk mengembalikan kekuatan dirinya semula.

Karya Murakami telah diterjemahkan ke dalam 40 bahasa di seluruh dunia menjadikannya sebagai novelis Jepun paling popular era ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain