suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jualan Kereta Baru Di Eropah Terus Jatuh

PARIS: Penjualan kenderaan baru di benua Eropah mencatatkan kejatuhan dalam tempoh 18 bulan berturut-turut atau bersamaan dengan 10.2 peratus sejak Februari lalu.

Menurut data yang dikeluarkan oleh Persatuan Pengeluar-Pengeluar Automobil Eropah (Acea) boleh dikatakan kesemua pengeluar kenderaan mengalami penurunan dari segi jualan melainkan Jaguar (naik 21.2%) dan Mercedes (0.6%).

Pengeluar yang mencatatkan kemerosotan paling teruk ialah PSA Peugeot Citroen yang mencatatkan jualan 16% kurang dan gergasi Amerika, General Motors, dengan kejatuhan sebanyakn 12.8%.

Jualan Renault menjunam 9.6% tetapi dari segi kumpulan berjaya disokong oleh peningkatan jualan kenderaan subsidiarinya iaitu Dacia yang mencatatkan peningkatan jualan sebanyak 20.2%.

Pasaran di United Kingdom memperlihatkan ransangan yang agak baik dengan catatan jualan sebanyak 5.9%.

Penurunan jualan paling teruk dicatatkan di Jerman - pasaran terbesar kenderaan Eropah- yang mencatatkan pengurangan sebanyak 17.1% diikuti Perancis dengan penurunan sebanyak 16.2%.

Untuk suku pertama tahun ini sahaja, pendaftaran untuk kereta baru di seluruh 27 buah negara Kesatuan Eropah jatuh sebanyak 9.8% berbanding tiga bulan pertama tahun lalu.

Artikel Berikut

AS Diserang Kali Kedua?

Artikel Lain