suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kanak-Kanak Antara Mangsa Maut di Boston

BOSTON: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun terbunuh apabila bom meletup berdekatan garisan penamat ketika berlangsungnya larian Maraton Boston, awal pagi Selasa.

Polis berkata, tiga orang terbunuh dalam letupan berkenaan.

Setakat ini butiran lengkap mangsa masih belum dikeluarkan, tetapi sumber yang rapat dengan keluarga mangsa mengesahkan bahawa kanak-kanak berusia lapan tahun terbabit adalah antara yang terbunuh.

Sumber berkata, ibu dan kakak kepada kanak-kanak lelaki terbabit turut cedera ketika menunggu bapa mereka yang sedang berlumba.

Sekurang-kurangnya 144 cedera manakala 17 yang dilaporkan dalam keadaan kritikal. - AP

Artikel Lain