suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Trend Micro Kesan Cecacing KELIHOS Dalam Pesanan Tentang Marathon Boston

KUALA LUMPUR: Firma keselamatan awan (cloud)berpangkalan di Tokyo, Trend Micro Inc, berkata ia telah mengesan cecacing KELIHOS Worm dalam pesanan spam yang mengandungi berita tentang tragedi Maraton Boston.

Dalam satu kenyataan hari ini, Trend Micro berkata pesanan-pesanan spam itu hanya mengandungi URL http://{BLOCKED}/boston.html yang, apabila diklik oleh pengguna dalam talian, hanya memaparkan laman web dengan video tersembunyi, yang dikatakan dari YouTube.

Ia berkata pengguna yang mengklik link itu mungkin telah memuat turun perisian perosak tanpa disedarinya, melalui apa yang dikenali sebagai serangan 'kempen melalui muat turun'.

"Selain pesanan spam itu, ada juga 'tweet spam' melalui Twitter yang memerangkap pengguna untuk mengklik link-link yang mencurigakan itu," katanya.

Trend Micro berkata pesanan spam itu menggunakan tajuk seperti "2 Explosions at Boston Marathon" dan "Video of Explosion at the Boston Marathon 2013". -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain