suria

Kereta Batman Sebenar Dari Siri TV Dijual RM12.65 Juta

Kereta Batman dijual pada harga AS$4.2 juta (RM12.65 juta). Foto AP
Kereta Batman dijual pada harga AS$4.2 juta (RM12.65 juta). Foto AP
Kereta Batman dijual pada harga AS$4.2 juta (RM12.65 juta). Foto AP

LOS ANGELES: Kereta Batman yang sebenar dari siri televisyen 1960-an ‘Batman’ telah dijual pada harga AS$4.2 juta (RM12.65 juta) dalam satu majlis lelongan.

Seorang jurucakap untuk Barett-Jackson Auction Co, berkata pemenang bidaan tidak akan didedahkan.

Kereta berwarna hitam sepanjang 5.79 meter itu digunakan dalam siri TV ‘Batman’ yang dibintangi oleh Adam West sebagai Caped Crusader.

Pemilik kereta itu, kilang auto George Barris dari Los Angeles mentraformasikan kenderaan itu dari kereta Lincoln Futura 1955 kepada mesin membanteras jenayah.

Artikel Sebelum

TPM Thailand Meninggal Dunia

Artikel Berikut

Artikel Lain