suria

TPM Thailand Meninggal Dunia

BANGKOK: Timbalan Perdana Menteri Thailand dan Menteri Pelancongan dan Sukan negara itu, Chumpol Silpa-archa meninggal dunia pada Isnin selepas dipercayai menghadapi masalah jantung.

Mendiang berusia 72 tahun.

Parti Chart Thai Pattana berkata, pemimpin parti itu dimasukkan ke hospital 17 Disember lalu selepas menghadapi masalah pernafasan.

“Kami mendapat berita kematiannya pagi tadi. Pihak kami masih belum tahu punca kematian tetapi menjangkakan ia mempunyai kaitan dengan masalah jantung yang dihadapi Chumpol,” kata jurucakap parti Chart Thai Pattana, Vachara Kannikar.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain