suria

Obama Sebut Kedua-Dua Nama Myanmar Dan Burma

YANGON, Myanmar: Sekurang-kurangnya, Amerika masih lagi menyebut salah satu negara di Asia Tenggara sebagai Burma, yang merupakan satu julukan yang kemudiannya diubah namanya kepada Myanmar sejak 23 tahun lalu.

Semasa lawatan bersejarah beliau pada Isnin, Presiden, Barack Obama menyebut Bruma, nama yang sering disebut oleh kerajaan dan orang ramai sejak bertahun-tahun bagi Myanmar.

Sama ada ia tersilap sebut atau sebutan yang tidak disengajakan, perkataan tunggal itu difahami dan diterima oleh pegawai kerajaan tertinggi.

Penasihat presiden Myanmar, Ko Ko Hlaing menyatakannya sebagai “pengakuan kerajaan Myanmar, yang menjalani peralihan demokrasi.

Para pegawai kerajaan Amerika Syarikat (AS) tidak dapat dihubungi dengan segera untuk mendapatkan komen mengenai sama ada dasar Washington akan berubah berhubung isu itu.

Pembantu Obama berkata, beliau mengelak untuk menyebut mana-mana nama, tetapi beliau menyebut kedua-duannya semasa lawatan. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain