suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Serangan Gaza: WHO Gesa Dana AS$10 Juta Bantuan Perubatan

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Ahad melancarkan satu gesaan segera untuk meningkatkan dana AS$10 juta dalam usaha menyediakan bekalan perubatan di Semenanjung Gaza, di mana stok banyak telah digunakan.

Gesaan itu berikutan Israel mengancam untuk mengembangkan serangan ke atas Gaza dan tekanan yang semakin meningkat pada hari kelima serangan.

WHO menggesa masyarakat antarabangsa dan serantau bagi sokongan kewangan demi bantuan itu.

"Banyak ubat pada paras sifar bagi menyelamatkan nyawa," kata WHO dalam satu kenyataan.

"Hospital Gaza kini perlu berurusan dengan peningkatan bilangan mangsa dengan bekalan perubatan yang habis."

Ia berkata ia memerlukan $10 juta "untuk meliputi semua ubat-ubatan dan bekalan perubatan selama tiga bulan."

Antara kecederaan yang dirawat oleh pekerja perubatan di Gaza ialah terbakar serius, kecederaan jatuh dari bangunan dan kecederaan kepala. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain