suria

Topi Dan Tongkat Charlie Chaplin Dilelong Lebih RM189,999

LOS ANGELES: Topi dan tongkat Charlie Charplin dilelong lebih AS$62,000 (RM189,999) pada Ahad, yang merupakan sebahagian daripada lelongan yang turut melibatkan lukisan John Lennon dan Yoko Ono berbogel yang dilukis oleh Lennon sendiri.

Topi dan tongkat itu, merupakan identiti watak Chaplin yang masih dalam keadaan baik dan nilai lelongannya dianggarkan antara AS$40,000 (RM122,580) dan AS$60,000 (RM183,871) pada sesi jualan di rumah lelongan Bonhams pada Ahad.

Bagaimanapun, apabila ia dibida, harga jualan mencecah AS$62,500, kata jurulelong.

Tongkat buluh sepanjang 32 inci itu tertera perkataan “CCLT 36” dalam warna hitam, yang merujuk pada Charlie Chaplin LittleTramp.

Little Tramp merupakan watak Chaplin yang dikenali. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain