suria

Bieber Hadiri Majlis Pengebumian Peminat Tegarnya

WASHINGTON: Penyanyi pop sensasi, Justin Bieber menghadiri majlis pengebumian peminat tegarnya, Avalanna Routh, 6, yang meninggal dunia akibat kanser.

"Bersemadilah dengan aman Avalanna. Saya sayang kamu," kata Bieber dalam laman Twitternya.

Berita kematian Avalanna diumumkan oleh keluarganya menerusi laman Facebook.

Avalanna disahkan menghidap kanser otak ketika berusia sembilan bulan.

Pada Ogos tahun lalu, pihak hospital mengadakan majlis perkahwinan 'olok-olok' di mana Avalanna, peminat tegar Bieber menjadi isteri kepada penyanyi terkenal itu.

Enam bulan kemudian, selepas kempen di laman Facebook, Bieber menjemput Avalanna ke New York untuk meraikan sambutan Hari Valentine bersamanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain