suria

14 Mayat Tidak Sempurna Ditemui Di Bandar Sempadan Mexico

MEXICO CITY: Pihak berkuasa berkata polis menemui 14 mayat lelaki dalam keadaan cacat dan tidak sempurna di dalam sebuah van mini yang tersadai di kawasan bandar sempadan Nuevo Laredo.

Pendakwa di bahagian Tamaulipas berkata dalam satu kenyataan bahawa mayat-mayat berada di dalam beg plastik.

Pendakwa juga berkata pegawai juga mendapati mesej yang ditandatangani oleh kumpulan jenayah, tetapi pihak berkuasa tidak mengulas lanjut identiti kumpulan atau menerangkan kandungan nota itu.

Pendakwa berkata semua mangsa berumur di antara 30 dan 35 tahun, tetapi mereka tiada sebarang butiran lain.

Mayat-mayat ditemui pada hari Selasa.

Nuevo Laredo, merentasi sempadan dari Laredo, Texas, adalah kubu kuat dadah Zetas.

Artikel Lain