suria

Kerala Larang Import Minyak Sawit Untuk Lindungi Penanam Kelapa

NEW DELHI: Kerajaan negeri Kerala mengenakan larangan import minyak sawit selama setahun, terutama dari Malaysia dan Indonesia, menerusi Pelabuhan Cochin bagi melindungi kepentingan penanam kelapa di selatan negeri itu.

Pengerusi Pemegang Amanah Pelabuhan Cochin, N. Ramachandran berkata larangan itu memberi impak ke atas pengendalian kargo dan perolehan bagi pelabuhan utama negeri itu.

"Kerajaan negeri melaksanakan larangan itu memandangkan penggunaan minyak sawit menyebabkan pengambilan minyak kelapa berkurangan, sekaligus menjejaskan penanam kelapa di negeri berkenaan," katanya kepada pemberita dalam temu bual telefon pada Khamis.

Sebelum larangan itu, Ramachandran berkata kira-kira 100,000 hingga 200,000 metrik tan minyak sawit di bawa masuk menerusi Pelabuhan Kochi.

Susulan larangan itu, kerajaan negeri yang dipimpin Parti Komunikasi India(Marxist), hilang perolehan cukai.

"Ahli Lembaga Pengarah kami akan bertemu pegawai kanan kerajaan negeri tidak lama lgai bagi membincangkan larangan itu.

"Kami agak yakin dapat menyelesaikan larangan terbabit, namun saya tidak boleh memberikan masanya," katanya.

Dipercayai pelobi industri kelapa menekan kerajaan negeri supaya mengenakan larangan itu bagi melindungi kira-kira dua juta penanam kelapa di Kerala, salah sebuah kawasan pengeluar kelapa terbesar di India. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain