suria

Empat didakwa Memperdagangkan 400 Wanita Ke Malaysia

HANOI: Empat suspek akan dituduh atas dakwaan memperdagangkan 400 wanita ke negara-negara Asia termasuk Malaysia, kata jurucakap polis di sini hari ini.

Kegiatan itu terbongkar akhir tahun lalu di bandaraya Ho Chi Minh apabila pihak berkuasa berjaya menahan seorang wanita yang dikatakan dalang, Nguyen Thi Ngoc Yen, 53, bersama tiga rakannya selepas mereka membantu seorang wanita mendaftar masuk penerbangan ke Malaysia.

Kebanyakan wanita yang diperdagangkan adalah dari kawasan Tay Ninh dan daerah Delta Mekong, menurut pegawai polis wilayah terbabit yang enggan dikenali.

Pegawai itu memberitahu, suspek-suspek tersebut meneria AS$500 (RM1,700) bagi setiap wanita untuk dihantar ke luar negara dan tambahan AS$1,000 (RM3,400) setiap seorang yang berjaya mendapat pasangan masing-masing.

Dakwanya, kebanyakan daripada 400 wanita terbabit dihantar ke Malaysia tetapi pada masa yang sama mereka juga dijual ke Singapura, Taiwan and Korea Selatan.

Kira-kira 80 wanita terbabit berkahwin di Malaysia sementara 223 yang lain pulang semula ke Vietnam manakala hampir 100 yang lain hilang, katanya.

Pegawai itu tidak menolak kemungkinan mereka yang hilang itu dipaksa menjadi pelacur. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Lain