suria

Lepas berjaya hamilkan tujuh wanita termasuk isteri kawan sendiri, lelaki ini makin rancak iklan khidmat derma sperma

Perbuatan menderma sperma adalah dilarang dalam Islam. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki mendedahkan dia menjadi penderma sperma kepada wanita yang ingin mendapatkan zuriat termasuk melalui hubungan seksual secara terus.

Lelaki berusia 38 tahun itu mula melibatkan diri dalam kegiatan tersebut lima tahun lalu selepas mendapat permintaan daripada seorang rakan universiti.

Menurutnya, ia disebabkan rakannya itu tidak mempunyai sperma dan memintanya untuk meniduri isterinya untuk hamil.

"Pada awalnya saya sangat terkejut, tetapi selepas membuat kajian tentang masalah tersebut, saya akhirnya bersetuju membantu," kata lelaki yang menggunakan nama samaran Hajime.

Kejadian itu berlaku di Jepun.

Hajime mengakui dirinya berasa serba salah, namun gembira melihat kebahagiaan sahabatnya selepas Wanita itu melahirkan anak daripada spermanya.

Sperma tidak berkualiti boleh menyukarkan proses kehamilan. -Gambar hiasanSperma tidak berkualiti boleh menyukarkan proses kehamilan. -Gambar hiasan

Melihat kegembiraan rakannya, Hajime kemudian membuka akaun media sosial untuk menawarkan khidmat menderma sperma.

Selain pasangan tidak subur, pelanggan utamanya kini terdiri daripada wanita berhubungan sejenis dan juga perempuan bujang yang mahu anak tanpa perkahwinan.

Bagi meyakinkan mereka, Hajime secara rutin memuat naik keputusan ujian penyakit berjangkit bulanannya walaupun setiap ujian menelan kos sekitar 11,700 yen (RM370). 

Hajime menawarkan khidmatnya secara percuma dan hanya meminta bayaran perjalanan.

Dia juga tidak akan menandatangani kontrak atau menuntut hak penjagaan serta tanggungjawab kewangan terhadap bayi yang dilahirkan.

Setakat ini, Hajime menerima lebih 20 permintaan dan berjaya membantu tujuh wanita hamil, termasuk empat yang sudah melahirkan anak.

Hukum

Sementara itu, menurut Jabatan Mufti Negeri Selangor menderma dan menubuhkan bank sperma (air mani) adalah haram.

"Pandangan dan keputusan ini telah dibincangkan di dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-1 yang bersidang pada 28-29 Januari 1981 berkenaan Bank Air Mani.

"Muzakarah memutuskan bahawa mengadakan bank air mani adalah haram dalam Islam; sekiranya bank air mani telah sedia wujud, maka kerajaan hendaklah bertindak untuk menghapuskannya," katanya.

Tambahnya, permanian beradas yang dilakukan kepada manusia adalah haram kecuali jika air mani daripada suami didapati secara muhtaram (yang diluluskan oleh syarak) dibenarkan oleh Islam.

"Penglibatan doktor pakar atau mana-mana pihak yang berkaitan dengan bank air mani adalah haram," katanya.

Artikel Lain