Video ‘Duri Dan Api’ Bakar Semangat Atlet - Sukan SEA 2017 | mStar

Video ‘Duri Dan Api’ Bakar Semangat Atlet

PUTRAJAYA: Unit Perancang Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana Menteri menghasilkan sebuah video berjudul ‘Duri Dan Api', khusus untuk menyuntik semangat atlet negara yang sedang bersaing dalam temasya Sukan Para Asean  (APG) Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata selain membakar semangat atlet negara, video hasil cetusan idea Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu juga antara lain bertujuan merakyatkan serta mendekatkan EPU dengan masyarakat.

Beliau berkata video berdasarkan puisi Sasterawan Negara Allahyarham Usman Awang yang ditulis sekitar tahun 60-an itu menggambarkan sebuah perjuangan ‘di depan duri di belakang api' yang membawa maksud jika hanya berdiam diri tanpa berjuang maka ia diibaratkan seperti hanya menunggu kekalahan.

Atas semangat yang disuntik oleh puisi itu, UPE merasakan intipatinya mampu melonjak semangat atlet negara yang bertanding dalam temasya Sukan Para Asean Ke-9, sekali gus dapat berjuang dengan penuh semangat untuk membawa kemenangan buat Negaraku Malaysia, katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Abdul Rahman berkata selepas Duri Dan Api, EPU merancang menerbitkan lebih banyak video seperti itu di masa akan datang.

Dalam video berdurasi lebih dua minit yang boleh ditonton di https://youtu.be/QF1VOtM6n9E itu, EPU turut menampilkan beberapa atlet dan acara seperti memanah, lawan pedang, bola keranjang serta renang.APG yang akan berlangsung sehingga 23 Sept membuka tirainya hari ini.

Sukan Para Asean

Artikel Sebelum

Lompat Jauh: Pingat Emas, Perak Milik Malaysia

Artikel Berikut

Malaysia Sapu Bersih Tujuh Emas

Artikel Berkaitan

Para Asean: Skuad Olahraga Sasar 40 Pingat Emas

Malaysia Sapu Bersih Tujuh Emas

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain