suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hugo Sanchez Terus Dibenci

PENYOKONG Atletico Madrid 'memangkah' Hugo Sanchez.

Atletico Madrid membuat plag kepada pemain yang membuat penampilan lebih daripada seratus kali bersama kelab sebagai penghargaan.

Sempena memperkenalkan stadium baharu Wanda Metropolitan, Atletico mempamerkan plag setiap pemain yang pernah beraksi lebih daripada 100 kali.


Bagaimana pun kisah lama seorang bekas pemainnya, Sanchez seperti tidak dapat dilupakan penyokong setia Los Colchoneros ini.

Kontroversi Sanchez berpindah ke Real pada tahun 1980-an menjadikan dia tidak disukai oleh penyokong Atletico.

Ia dapat dilihat apabila sebahagian penyokong membuang sampah ke atas plag Sanchez.

Selain itu, turut kelihatan plag pemain Manchester City, Sergion Aguero yang pernah menyarung jersi Atletico.

Atletico Madrid

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Malaysia Sapu Bersih Tujuh Emas

Artikel Lain