suria

Amy Kwan Raih Emas Ke-100

KUALA LUMPUR: Malaysia memenangi pingat emas ke-100 pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) apabila Amy Kwan Dict Weng menyumbangkan kilauan emas dalam acara aparatus reben individu gimnastik berirama (Gimrama).

Gimnas negara  itu memperoleh 15.750 mata untuk mengatasi rakan senegara Koi Sie Yan yang mendapat 14.700 mata untuk pingat emas pada pertandingan yang berlangsung di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada Isnin.

Pingat gangsa menjadi milik gimnas Thailand Panjarat Prawatyotin dengan 13.700 mata.

Malaysia menyasarkan 111 pingat emas untuk muncul juara keseluruhan Sukan SEA Ke-29.-Bernama

Gimnas, KL2017

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain