suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Liga Perdana Inggeris Tak Sukar

PENGURUS Manchester City mendedahkan bahawa aksi Liga Perdana Inggeris bukanlah yang paling sukar di Eropah.

Bekas pengendali Barcelona, Pep Guardiola berkata, saingan La Liga lebih mencabar dan mencatat kejayaan konsisten untuk rekod Liga Juara-Juara, dengan enam finalis dalam tempoh lima tahun.

"Saya tahu anda suka dengar ia sangat sukar, tahniah. Ramai yang melihat anda," jelasnya sinis kepada Mirror.

"Sudah tentu Liga Perdana sukar, sangat sukar. Tetapi saya tidak kata pergi ke (Santiago), Bernabeu, Camp Nou, Athletic Bilbao, Sevilla adalah mudah.

"Ini kerana sejak sedekad yang lalu, semua pasukan Liga Sepanyol tiba di Liga Juara-Juara dan Liga Europa - menjadi juara, seperti yang dilakukan Sevilla dengan tiga kali juara berturut-turut.

"Liga Perdana akan menjadi lebih sukar jika  lima pasukan berjaya mara ke Liga Juara-Juara dan berjaya dalam pusingan akhir.

"Selepas itu, kita boleh cakap, 'Ia adalah liga yang paling sukar'. Kita perlu melakukan sesuatu untuk ke arah itu."

Pep Guardiola

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Amy Kwan Raih Emas Ke-100

Artikel Lain