Kepulangan Pemain Wales Disambut Bagaikan Juara - Euro2016 | mStar

Kepulangan Pemain Wales Disambut Bagaikan Juara

Aaron Ramsey mengambil gambar bersama ribuan peminat yang hadir

PASUKAN bola sepak Wales disambut oleh lebih 33,000 penyokongnya di Stadium Cardiff biarpun mereka tewas 2-0 kepada Portugal 2-0 dalam aksi separuh akhir Euro 2016.

Menerusi laman sosial Instagram milik pemain bahagian tengah Wales, Aaron Ramsey, kelihatan ramai peminat berkumpul di sepanjang jalan Cardiff bagi menyambut ketibaan pulang mereka.

"Kami amat terharu dengan sambutan peminat dan jutaan terima kasih kepada yang hadir.

"Mungkin kami tidak berjaya melangkahkan ke final tetapi kami akan berusaha untuk lakukan yang terbaik pada musim yang akan datang," katanya. 

Pemain yang menaiki bas bewarna merah tanpa bumbung dari lapangan terbang tersebut menyanyikan lagu Don't Take Me Home sebaik tiba di perkarangan stadium.

Selain itu, Ramsey juga turut memuji rakan sepasukannya dan menaruh harapan untuk meneruskan pencapaian di kelayakan Piala Dunia 2018.

wales , euro2016

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Griezmann 'Hero Baharu' Perancis

Artikel Berkaitan

Artikel Lain