suria

Alvarez Dilantik Jurulatih, De Gea Akan Kekal Di Man United

DAVID de Gea akan kekal di Manchester United selepas Jose Mourinho melantik jurulatih penjaga gol terbaik dari Sepanyol yang juga mentornya.

Emilio Alvarez Blanco, 44, (gambar) merupakan individu yang bertanggungjawab mengilap bakat De Gea ketika di Atletico Madrid.

Ketika berusia 18 tahun, De Gea telah mendapat latihan daripada Alvarez untuk menjadi penjaga gol profesional sebelum dipinjam kepada kelab lain.

Alvarez juga dilapor pernah menyifatkan De Gea sebagai calon penjaga gol Atletico walaupun masih berusia 18 tahun.

Berikutan cadangan berkenaan, De Gea telah diberi peluang dan berjaya menarik perhatian dunia termasuk United untuk mendapatkan khidmatnya.

Bagaimanapun ketika penjaga gol utama United itu berkira-kira untuk berhijrah ke Real Madrid, Mourinho melantik mentornya sebagai jurulatih.

Alvarez merupakan rakan baik kepada Jorge Mendes yang juga ejen dan rakan Mourinho.

Dengan pelantikan Alvarez juga, De gea dijangka akan kekal lebih lama di United. - Daily Mail


Manchester United

Artikel Sebelum

UEFA Gugur Kes Doping Sakho

Artikel Berikut

Artikel Lain