suria

Hodgson Letak Jawatan Pengurus England

Roy Hodgson.

ROY Hodgson meletak jawatan sebagai pengurus England selepas skuadnya ditewaskan 2-1 oleh Iceland sekaligus tersingkir daripada saingan Euro 2016.

Hodgson gagal meneruskan tugas sebagai pengurus yang membawanya kepada peletakan jawatan sejurus sidang media sebaik sahaja perlawanan berakhir.

Pembantu Hodgson, Ray Lewington dan Gary Neville turut meninggalkan posisi masing-masing.

"Kontrak saya akan berakhir selepas Euro 2016, jadi inilah masa yang paling sesuai untuk untuk orang lain melihat pasukan pemain-pemain muda berbakat.

"Mereka sangat menakjubkan dan telah menjalankan tugas yang telah diarahkan. Saya sering mengingatkan mereka agar tidak mudah berputus asa dan menarik diri pada saat akhir.

"Saya tidak melihat salah satu daripada perkara itu berlaku. Mereka sangat teruja untuk bermain dan komitmen menjadi contoh terbaik.

"Kakitangan saya turut meminta untuk bercakap bagi pihak mereka. Mereka datang bersama dan akan pergi bersama saya.

Hodgson (tengah) bersama dua pembantu utama jurulatih, Neville (kiri) dan Lewington.

"Akhir sekali saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua kakitangan sokongan, para pemain, FA dan sudah tentu kepada semua penyokong. Ia satu perjalanan menakjubkan dalam tempoh empat tahun. Kami sudah cuba melakukan yang terbaik.

"Juga kepada pihak media di atas sokongan yang telah diberikan. Saya meminta maaf kerana ianya berakhir dengan keadaan begini, tetapi perkara telah berlaku.

"Apa yang boleh saya buat adalah berharap suatu hari nanti England akan mara ke kejohanan utama dengan berjaya yang gagal dicapai oleh kami," jelas Hodgson.

Hodgson merupakan pengurus England yang mendapat bayaran paling tinggi, 3.5 juta pound setahun dalam kontrak bersama FA.

Namun gagal meneruskan tugas sebagai pengurus berbanding dengan jurulatih Iceland, Lars Lagerback yang hanya dibayar 346,000 pound setahun.

Hodgson yang mencatat 33 kemenangan daripada 55 perlawanan sepanjang pengurusannya berkata: "Saya sudah tentu sangat kecewa dengan keputusan malam ini yang tersingkir daripada kejohanan. 

"Kami tidak pernah mara seperti ini dan saya fikir kami mampu melakukannya, namun jelas ia tidak diterima.

Rekod Hodgson sebagai pengurus England
:

Perlawanan: 10

Menang: 3

Seri: 5

Tewas:2

Nisbah kemenangan: 33 peratus

Roy Hodgson, England, Euro 2016

Artikel Sebelum

Keputusan Euro 2016

Artikel Berikut

Artikel Lain