suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

UEFA Singkir Rusia Daripada Aksi Euro 2016

KESATUAN Bola Sepak Eropah (UEFA) akan menyingkirkan pasukan Rusia daripada aksi Euro 2016 jika keganasan penyokong terus berlaku di dalam stadium ketika perlawanan berlangsung.

Hukuman penyingkiran ini akan diguna pakai jika masih lagi berlaku keganasan di dalam stadium dan bukannya di luar venue perlawanan.

Ahli Jawatankuasa Eksekutif UEFA telah memaklumkan bahawa mereka akan menyingkir Rusia, bagaimana pun kemungkinan akan berlaku keganasan di luar stadium.

Malah Rusia FA turut dikenakan denda sebanyak 150,000 euro (RM688,903).

Mereka didakwa dengan gangguan berkumpulan, menggunakan bunga api, kelakuan rasis di dalam Stadium Velodrome pada Sabtu lalu.

"Hukuman yang dikenakan amat berlebihan, tetapi kami tidak boleh mempengaruhinya. Denda yang dikenakan juga amat tinggi memandangkan Kesatuan Bola Sepak Rusia bukan sebuah organisasi komersil. Tidak ada juga kebenaran rayuan," jelas Menteri Sukan Rusia, Vitaly Mutko.

Euro2016, Rusia, UEFA

Artikel Berikut

Artikel Lain