suria

Ragbi Asia Tolak Rayuan Malaysia Tunda Aksi Play-Off

KUALA LUMPUR: Ragbi Asia menolak rayuan pasukan ragbi Malaysia untuk menangguhkan perlawanan play-off Divisyen Perdana, bertemu Korea Selatan, antara 9 dan 25 Ogos depan. 

Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) dalam kenyataan pada Selasa, berkata Ragbi Asiatelah menetapkan tarikh perlawanan berkenaan pada 25 Jun ini, iaitu semasa bulan Ramadan. 

Presiden KRM Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata ia adalah perlawanan penting bagi Malaysia dan kesatuan itu mahu memastikan pemain berada di prestasi terbaik untuk berdepan Korea Selatan.

"Kami telah bangkitkan perkara ini kepada Ragbi Asia dan membuat rayuan, tetapi kami menerima e-mel daripada mereka semalam (Isnin) bahawa rayuan kami ditolak. Kami sudah bercakap dengan Menteri Belia dan Sukan bagi memaklumkan keputusan Ragbi Asia itu dan juga berkongsi perancangan kami dengan beliau untuk 2017/18.

"KRM akan memastikan pasukan ini mendapat sokongan penuh apabila mereka memulakan latihan prestasi tinggi supaya kita dapat mengekalkan kedudukan ditempat teratas Divisyen Satu pada 2017, dan akan bersedia untuk perlawanan play-off tahun depan," kata Shahrul Zaman.

Shahrul Zaman berkata pemain diberi masa untuk berehat dan pulih daripada kecederaan selepas Kejohanan Ragbi Asia Divisyen Satu pada Mei lepas, sementara menunggu keputusan Ragbi Asia berhubung rayuan kesatuan itu. 

Berikutan kejayaan Malaysia mencipta sejarah merangkul gelaran Kejohanan Ragbi Asia Divisyen Satu bulan lepas, skuad negara perlu menang ke atas Korea Selatan, agar dapat beraksi di Divisyen Perdana, yang terdiri daripada tiga pasukan terbaik Asia. 

Malaysia akan bersaing dalam perlawanan play-off dengan pasukan yang beradadi tempat ketiga dalam Divisyen Perdana, bagi mendapatkan peluang mara keperingkat Divisyen Perdana. 

Pasukan terbaik daripada Kejohanan Ragbi Asia, sedang mengintai peluang kePiala Dunia Ragbi 2019 di Jepun, dan pasukan terbaik daripada kejohanan itu, tidak termasuk tuan rumah, Jepun, akan beraksi dalam siri perlawanan play-off ditempat sendiri dan lawan, berdepan juara Piala Oceania pada 2018, untuk meraih satu tempat di kejohanan dunia itu. -Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain