suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penyokong Man City Bakal Kempunan Tonton Aksi Ilkay Gundogan

PENYOKONG Manchester City mungkin perlu menangguhkan hasrat mereka untuk menonton aksi pemain baharu, Ilkay Gundogan dalam perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris musim depan.

Ini kerana, Gundogan yang baru menandatangani kontrak selama empat tahun mengalami kecederaan lutut sehingga memerlukan tongkat sebagai sokongan ketika berjalan.

Bekas pemain Borussia Dortmund berusia 25 tahun itu berkata, dia akan hanya dapat bermain semula pada akhir Ogos atau awal September.

Pemain tengah tersebut berkata demikian ketika melawat ibu pejabat Man City dan bertemu kanak-kanak di akademi berkenaan.

Gundogan merupakan pemain pertama yang dibawa Pep Guardiola ke City sebagai persediaan mengharungi musim depan.


Manchester City

Artikel Lain