suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Euro: Jose Mourinho Tonton Dari Rumah

PENGENDALI baharu Manchester United, Jose Mourinho kelihatan lebih tenang menonton saingan Euro 2016 bersama anak lelaki di rumahnya.

Jurulatih yang bakal melaksanakan tugas berat dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim depan itu dilapor menonton perlawanan antara England menentang Rusia.

Bekas pengendali Chelsea berkenaan memuat naik gambar bersama anak lelakinya di Instagram untuk dikongsi bersama peminat.

Selain perlawanan England-Rusia, Mourinho turut mengakui menonton tiga perlawanan lain di sofa sama.

Jurulatih kelahiran Portugal berusia 53 tahun itu juga sedang memantau rapat prestasi Ketua Pasukan Manchester United, Wayne Rooney dan tonggak pertahanan, Chris Smalling dalam perlawanan berkenaan.

Dalam perlawanan itu, England dan Rusia berkongsi satu mata selepas perlawanan berakhir dengan kedudukan 1-1.

Euro, England

Artikel Lain